Monday 11 February 2013

Diet oh Diet..Jangan taksub sangat!

aSSaLamualaiKum semua....
Syukur Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk melihat kehijauan bumi ciptaan Allah S.W.T ini.
Baiklah semua,mari kita ber-blog dan ikuti entry saya pada hari ini

Entri kali ini sangat "general" ataupun am dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan remaja seperti saya.Entri kali ini sangat dekat dengan kaum "HAWA" yang sering ingin kelihatan cantik pada pandangan kaum "ADAM".Wahai kaum "HAWA" yang disayangi,janganlah sanggup bersakit hanya untuk cantik,kecantikan luaran hanya sementara tetapi kecantikan dalaman hakiki tempohnya.Cheewah,Sesuai tak jadi pakar motivasi?Baiklah,entri kali ini mungkin agak serius sebab ia merupakan perkara yang selalu menjadi topik di dalam ruangan majalah contohnya Majalah Remaja edisi 636 yang baru sahaja saya baca.

"Saya pun kaki majalah juga".Biasalah,kan saya pun kaum "HAWA". .hahahahaha!

Baiklah,Entri kali ini berkaitan dengan "DIET".Sebenarnya diet tak salah pun,tapi pengamal diet ni yang tak fikir betul-betul sebelum berdiet.Kadang-kadang ada yang berdiet secara DRASTIK.Alahai,salah tu uools.Diet terbahagi kepada beberapa kategori---baik VS buruk.Hari ni nak kongsi sikit pasal diet yang kita tak boleh amalkan.

Tips ni pun saya dapat dari majalah REMAJA..hehehehe!
"6 ciri-ciri diet salah"nah,korang mesti baca ni terutama yang nak tahu sangat pasal diet.Saya pun nak diet jugak.


1.TIDAK KONSISTEN

ahah!ini lah penyebab diet tak menjadi.Kurang disiplin dalam diri sendiri.Bukan dalam sekolah saja kita perlu berdisiplin tetapi dalam hidup harian pun WAJIB!Nah,inilah penyebab mengapa diet korang selalu tak jadi.Di awal diet,semangat korang mesti berkobar2 kan tapi bila dah sampai tahap-tahap nak jadi tu,korang punya disiplin dah kurang pulak.Kalau nak berat badan yang ideal,korang mesti konsisten dan berdisiplin.Jangan pegang ayat keramat ni ya--->"Kalau nak cantik mesti kena sakit".Salah ni.

2.TIDAK BERSARAPAN

Ni selalu jadi kepada pengamal diet drastik yang sememangnya tegar.*HEMO HEMO*
Ini lah yang paling tak patut di amalkan.Mungkin pelbagai alasan yang akan digunakan oleh si pengamal diet andai ditanya sebab tidak bersarapan
"Alah,aku nak diet lah"
Sebenarnya,apabila korang bangun tidur,badan korang dah berpuasa selama 8 jam.Lama kan?Badan memerlukan nutrisi dengan segera dan jika ia tidak dipenuhi maka nutrisi yang ada dalam otot akan diambil sebagai ganti.Nak tau kesannya?Metabolisme korang akan terjejas dan badan akan hilang "power" untuk menghilangkan dan membakar lemak kita.Tak takut ka?

3.SAIZ MAKANAN

Hal ni mesti jaga kalau nak amalkan diet yang sihat dan seimbang.Salah kalau makan terlalu sedikit dan terlalu banyak.Pernahkah korang teringat nasihat Rasulullah SAW?Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.Sebenarnya nasihat itu penuh dengan hikmah.Idealnya,korang mesti makan 3 kali saiz hidangan besar dalam sehari dan seimbangkan dengan 2 saiz hidangan yang kecil.Badan kita akan lebih mudah mencerna dan tidak akan mudah lapar jika makan makanan dalam hidangan yang kecil tapi kerap.

4.DIET TANPA BERSUKAN


Ha'ah!Ini pun tak boleh juga.Dah berhabis-habisan tahan nafsu nak makan,senaman kita tak ambik kira langsung.Amacam kalori nak terbakar?hehehehe!Salah ni saudara dan saudari sekalian.Wahai kaum "HAWA",janganlah takut untuk bersenam kerana takut badan berotot.Korang boleh seimbangkan ia dengan pengambilan suplemen khas untuk kecergasan.Biarpun saya jarang "jogging",tapi saya selalu berjalan kaki. .hahahaha!


5.UBAT PELANGSING


Tidak!tidak!Jangan sesekali amik benda ni.Bahaya!

Benda ni banyak di pasaran,walaupun ia boleh menghancurkan lemak tapi khasiatnya masih belum dapat dibuktikan.Jadi,fikir dulu sebelum beli.Bukan setakat duit melayang tapi kesihatan pengguna juga mungkin terjejas.Jadi,lebih baik diet secara sihat berbanding guna ubat pelangsing.

6.KURANG TIDUR


Tidak cukup tidur juga merupakan punca badan korang letih dan lesuh jadi proses penurunan badan pun sekaligus terganggu.Cuba korang bayangkan,kalau korang tak cukup tidur,automatik perut korang akan selalu lapar dan akan makan secara berlebihan untuk menghilangkan rasa lapar tersebut.Penyelesaiannya,korang mesti tidur sekurang-kurangnya lapan jam untuk mengelakkan berat bertambah.


Baiklah,sampai sini sahajalah entri hari ini.Sebahagian entri ini diambil dari majalah REMAJA tapi saya edit sedikit.


Kepada siapa2 yang nak diet sangat tu,dietlah secara sihat dan seimbang.Insha Allah hasilnya TERBAIK!!



p/s:Janganlah amalkan perkara yang boleh membinasakan anda..Maaf kalau entri ini terlalu panjang dan membosankan.




Terima kasih kerana membaca


Noura_Torquoise

2 comments:

Fareto said...

Terima kasih atas perking siap tips. Yang penting bila diet niat turun sikit-sikit tapi konsisten :)

Noralimah Muhammad said...

sama-sama,sy budak baru belajar ber-blog. .hehehe. .yang penting diet tu sihat. .