Friday 26 April 2013

What should I do?

Assalamualaikum


Akhirnya cita-cita untuk memasuki matrik akhirnya tercapai apabila aku mendapat tawaran KML atau lebih tepat KOLEJ MATRIKULASI LABUAN.
Aku sangat teruja hingga menitiskan air mata.Hahahaha!Mungkin ada nada keterlaluan di situ.Aku sangat bersyukur sebab Allah berikan aku rezeki ini setelah aku diuji dengan pelbagai ujian yang sangat menyakitkan.Terima kasih ya Allah!!Alhamdulillah..

Tapi...

Aku diuji lagi.Kenapa aku tidak boleh belajar berdikari?Aku tidak mau seperti ini.
Aku sangat suka akan sains.Wahai adik beradik ku,fahamilah aku.Aku sangat perlukan sokongan kalian.Doronglah aku dari belakang bersama doa2 kamu.Aku bukan seperti orang lain.

Kalau kamu baca entry aku ni.Tolong bagi komen yang paling mantap a. .
Aku sangat keliru dan tidak semangat bila mereka tidak memberikan respon yang sama dengan aku.Aku sangat terasa.

Apa lah salah kalau aku mengejar cita2 aku yang hampir terkubur setelah melihat keputusan SPM ku tidak mencapai sasaran yang aku sangat inginkan iaitu 10 As. .Fahamkah kalian akan perasaan aku. .Wajar kah aku mempertahankan cita2 aku?
Tahu kah aku berasa seperti tidak layak untuk bersuara. .


Tidak tau apa untuk dikatakan.Ternyata hidup tidak semudah mana.
Aku sangat bersyukur untuk segalanya. .


****kekeliruan ini membuat aku rasa seperti hampir mati****


No comments: