Sunday 15 September 2013

Selamat Hari Malaysia

Assalamualaikum..


 


        Bersempena di hari yang penuh bermakna ini,aku nak ucap Selamat Hari Malaysia kepada semua warga Malaysia yang disayangi.Aku sangat berbangga sebab aku rakyat Malaysia.Negara yang bebas dari sebarang peperangan.Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah sentiasa bersyukur kerana negara kita tidak seperti negara luar yang setiap saat rakyatnya ketakutan,nyawa seakan-akan tidak bermakna,perikemanusiaan hilang entah ke mana.Kita seharusnya bersyukur kepada Illahi kerana memberi kita peluang hidup di negara yang aman ini.


       Kadang-kadang aku geram kenapa segelintir remaja lebih memilih untuk membandingkan Malaysia dengan negara luar.Ada yang berkata" Malaysia tak best sebab salji takda,tak boleh main salji,panaslah,dan bermacam-macam lagi".Kita seharusnya sedar,kalau seluruh dunia bersalji dimanakah keseimbangannya?Kita harus bersyukur sebab Malaysia tidak terlalu panas sehingga boleh menyebabkan kulit manusia terbakar.

      Kita juga mesti mengenang jasa dan rasa berterima kasih kepada Bapa Kemerdekaan kita kerana sudi berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan untuk negara kita.

Kita seharusnya bersyukur kerana Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum yang bertolak ansur.
Aku sangat berbangga sebab aku rakyat Malaysia.



Sayangilah Malaysia,
Lindungilah Malaysia,
Berbanggalah menjadi rakyat Malaysia..




No comments: