Tuesday, 19 February 2013

Semuanya Kerana ALLAH SWT yang satu. .

Assalamualaikum dan selamat menikmati hari mu..
Hambamu yang sedang mengatur langkah ke jalan-Mu ya Rabbi



Sesungguhnya aku sedar yang hidup ini hanya sementara

Setelah beberapa ketika aku berfikir tentang hidup ini,sikap diri ini,masa depan diri ini, dan segala yang berkaitan dengan makhluk Allah yang serba-serbi kurang dan lemah ini.Akhirnya aku sedar,aku perlukan perubahan yang besar.Walaupun ia pastinya akan berlaku secara perlahan seperti sang kura-kura yang cuba untuk berlari.Ya Allah,rahmatilah hambamu ini.

Tersentuh hati bila membaca entrymu wahai pemilik blog http://lurvetoshare.blogspot.com/..Bab2 stokin or stoking ni aku memang tak berapa ambil peduli sampailah terbaca entry di blog tersebut.Bibir ini seperti kelu untuk berbicara.Sesungguhnya perubahan ini aku lakukan bukan untuk makhluk yang bergelar manusia tetapi sejujurnya untuk pencipta yang SATU.
Terdetik di hati kecilku untuk berubah tatkala terfikir apakah tujuanku hidup di bumi Allah SWT yang indah ini.Apakah tanggungjawab aku yang sebenarnya?Sesungguhnya aku hanya seperti seorang musafir.Berusaha untuk mengumpul saham dan pahala untuk menjadi bekalan di akhirat kelak.Alam yang kekal abadi.


Sesungguhnya cinta ALLAH SWT sudah cukup untuk kita wahai umat Islam sekalian.


Aku berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki diri ini,akhlak ini.Tatkala aku hampir menyerah,aku terdiam seketika."Mengapa tidak kau contohi wanita solehah pada zaman Rasulullah SAW?Seperti Sumayyah"Biarpun beribu halangan datang menerpa tetapi keimanan tetap teguh dan diri tetap bertawakal kepada Allah SWT.
Sesungguhnya mereka wajib dan wajar kita contohi wahai puteri-puteri ISLAM. .


Sesungguhnya pengalaman hidup banyak mematangkan aku.Dari seorang gadis yang bersikap keanak-anakan berusaha untuk menjadi seorang yang matang dan selalu bersangka baik dengan Allah SWT dan saudara serta saudari seISLAM yang lain.Sesungguhnya perkara yang baik harus kita lakukan kerana Allah .Semua itu mesti.

Nak tahu kenapa aku single?
Bukan kerana aku terlalu jual mahal atau pun tiada siapa yang berkenan.Tetapi hati ini seakan-akan kosong apabila makhluk yang bergelar "LELAKI" datang menyatakan  hasrat di hati mereka.Mungkin kerana cara mereka salah atau pun aku tidak akan jatuh cinta selagi aku tidak bertemu bakal "IMAM" ku.Sesungguhnya aku tidak mengejar cinta makhluk yang bernama "Lelaki" kerana aku pasti pemilik "Tulang rusuk " ini akan mencari tulang rusuknya juga.Aku berusaha untuk mengejar cinta agung iaitu cinta Allah SWT.Mungkin semua sudah sedia maklum bahawa bercinta atau bercouple sebelum AKAD tidak menjamin apa-apa.Kepada yang ada teman lelaki tu jangan ambil hati,ini cuma pandangan saya sahaja.Jika ada sebarang kekhilafan,sudilah kalian memaafkan saya.Kepada "kaum ADAM" yang pernah aku sakiti,maafkan diri ini.Bukan mudah untukku mengatakan "YA" untuk soalan keramat kalian.


Sesungguhnya aku berusaha untuk menjadi Muslimah Sejati..

                                              


Maafkan andai ada butir-butir ayat yang menyakiti hatimu wahai pembaca yang disayangi..
Aku hanya manusia biasa yang lemah. .
                                                      
Sampai di sini sahaja coretan "HAMBA ALLAH"

ASSALAMUALAIKUM w.b.t


Noura_Torquoise

4 comments:

~Hanie Ladyhlomanie~ said...

Assalamualaikum.. Alhamdulilah~Selagi hati masig mengingati Allah menandakan Allah juga sentiasa dan berganda2 mengingati diri kita :)

Noralimah Muhammad said...

Waalaikumussalam..Terima ksih kerana meningatkan diri ini..

Unknown said...

semoga Allah merahmatimu temanku yang solehah :)

Noralimah Muhammad said...

Shauqatul Iman(Ummu Haura Al-Humaira')terima kasih wahai saudari. .